Terma dan syarat jualan yang dipaparkan meliputi semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
CARA TEMPAHAN DAN BAYARAN
- Pastikan borang diiisi dengan betul, tepat, teliti dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat yang dicetak adalah kesalahan anda.
- Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA (RM).
- Caj penghantaran akan dikenakan untuk setiap tempahan ke atas customer.
- Pembayaran pendahuluan bagi setiap tempahan adalah 50% daripada jumlah keseluruhan dan baki bayaran selebihnya hendaklah dijelaskan semas tempahan diambil atau sebelum barang diposkan.
- Setiap kad ang dikeluarkan akan disertakan logo, nama dan alamat syarikat serta laman Facebook di belakang kad atau di tempat-tempat yang dianggap sesuai.
- Anda dibenrakan membuat perubahan / pembetulan sebanyak 3 KALI SAHAJA. Sebarang penambahan seterusnya akan dikenakan bayaran RM10.00 setiap kali penukaran dibuat. Anda dinasihatkan membuat semakan dengan teliti sebelum membuat pengesahan pada draf. Kami tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang kesilapan.
- Tiada sebarang caj design dikenakan untuk koleksi-koleksi design sedia ada. Juika sekiranya anda meminta design lain selain daripada koleksi sedia ada, kami akan kenakan caj tambahan: 1 pihak (RM30) ; 2 pihak (RM50).
MAKLUMAT PENTING
- Untuk makluman pelanggan, kualiti, ketebalan, tekstur dan ketepatan warna kertas mungkin berbeza sedikit dari masa ke semasa dengan sampel yang dipamerkan.
- Kelewatan penghantaran oleh agen penghantaran atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tidak boleh menjadi alasan untuk ganti rugi atau pembatalan tempahan yang telah dibuat.
- Kami berhak membuat sebarang perubahan harga, meningkatkan atau menggantikan mutu bahan yang hampir sama dengan produk kami tanpa sebarang notis terdahulu.
PROSES TEMPAHAN DAN KERTAS KERJA
- Buat artwork : 7-10 hari
- Cetakan : 18-20 hari
- Tempoh Pos :
- Semenanjung Malaysia : 2-3 hari bekerja
- Sabah & Sarawak : 7-8 hari bekerja
- Singapura & Brunei : 6-7 hari bekerja